1 Jun 2014

Para Ulama dalam menegakkan agama Allah, Islam !

Inilah Jalan Yang Ditempuh Oleh Ulama-Ulama Sebenar dalam menegakkan Agama Islam.
.
Imam Syafie – Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah masyarakat.
.
Imam Hanafi – Ditangkap, dipenjara, disebat, diseksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah.
.
Imam Maliki - Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.
.
Imam Hambali - Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.
.
Sufyan Ath-Thauri - Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.
.
Said bin Jubair - Seorang wali Allah yang dikasihi harimau. Dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.
.
Abu Yazid Al Bustami - Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya.
.
Abul Husin An Nuri - Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.
.
Imam Nawawi - Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.


(Sumber : http://sebarkancintailahi.tumblr.com/ )

16 May 2014

Bersangka Baik.


Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu : “Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : “Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”..
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : “Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : “Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
- Syeikh Abdulkadir Al Jailani

(Source:   - aishaaumairah.tumblr.com
                  -pakarcinta.com )

1 May 2014

Umat Sekarang.

“Umat semakin tenat.
Fitnah semakin berleluasa
Kita kutuk mengutuk saudara seIslam kita
Allahu.
Wahai saudara ku,
Dimanakah kasih sayang kamu terhadap saudara Islam mu?
Mengumpat perkara biasa pada mu
aib dan nasihat sukar dibezakan
Apabila kebenaran dikatakan palsu,
Kamu mengutuk saudara Islam mu.
Kita sudah tidak bersatu atas dasar Iman yang satu
Bertaubatlah.
Wahai sahabat,
Islam adalah agama yg mengajarkan kasih sayang
Agama yang dibawa oleh Rasulullah merupakan suatu nikmat
bukannya musibah
Tegurlah saudara mu itu dengan kasih sayang seperti mana kamu menegur orang yang kamu kasihi.
[ Tapi… mereka masih seperti itu. Sukar untuk berubah. ]
Wahai sahabat ku,
lihat balik doa yang kamu pohon.
Kamu hanya mendoakan kesejahteraan diri mu sahaja.
Dimana..
Dimana doa yang kamu pohon untuk saudara seIslam mu?

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda dalam hadits dari shahabiyah Ummud Darda`:
دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لِأَخِيهِ بِخَيْرٍ قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ
“Doa seorang muslim kepada saudaranya secara rahasia dan tidak hadir di hadapannya adalah sangat dikabulkan. Di sisinya ada seorang malaikat yang ditunjuk oleh Allah. Setiap kali ia berdoa untuk saudaranya dengan kebaikan, malaikat tersebut berkata (kepadanya): “Ya Allah, kabulkanlah, dan (semoga) bagimu juga (mendapatkan balasan) yang semisalnya.” (HR. Muslim)
"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (jika mereka berselisih), dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat"…
(surah al-hujurat; ayat 10)
“…Dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian terhadap orang-orang yang beriman (berada) dalam hati kami. Ya Rabb kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.” (Al-Hasyr: 10)
29/4/2014
10.30pm
-nurel-"

**Dicopy dari Tumblr. Saya share untuk manfaat bersama. 

—  (via nurelart)

14 Dec 2013

Tolonglah.


Tolonglah diri.
Kuatkan hati.
Sabar. 
Bertahanlah.
Jangan lemah.
Jangan jatuh. 
Ini hanya seketika. 


Tolonglah diri,
Bangun dan 
Terus berlari.
Ini baru permulaan. 
  Kuatlah kerana Dia.
Dia yang sentiasa ada.
Di samping kita.
  
Tolonglah diri,
Doakan yang baik-baik sahaja,
Untuk diri dan mereka yang lain.
Jangan iri, jangan dengki,
Sesungguhnya Allah telah
mentakdirkan kehidupan mereka begitu.
Mungkin nampak baik bagi kamu, 
Tetapi kamu tidak tahu, 
mungkin tidak baik bagi mereka.
Sematkan dalam diri,
Sesungguhnya pasti,
Ada anugerah yang tak ternilai,
Disebalik dugaan itu.  

Tolonglah diri,
Teruskan berdoa dan berdoa.
Kerana sememangnya, doa senjata kita.

Tolonglah diri,
Belajar terima dan redha, 
apa yang diaturnya-Nya.
Mungkin itu lebih baik.